Sunday, May 22, 2011

kisah burung


Why do birds fly in a V formation?


The next time you see ducks or geese flying in a V, watch them for a while to see if the lead bird changes. Canada geese do this, and I suspect other species do, too. 
Since whoever is up front is working the hardest, every now and then the birds 
make a switch. The leader drops back usually all the way back, where wind drag is the lowest and a rested bird comes to the front. While there is no single, unchanging leader for a V of birds on the move, it is the oldest, experienced individuals who are calling the navigational shots, using the sun and the stars at night to orient themselves and stay on course.
Sama prinsipnya dalam buat kerja kerja amal.... sesiapa yang ada kelapangan dan kepakaran, 
maka angkatlah tangan, volunteerla kepakaran anda. Jadilah burung yang berada di depan dan tiada istilah aku ketua untuk selama-lamanya dalam kita berbakti kepada masyarakat.

Saturday, April 9, 2011

sambungan kisah azizan : kisah surat merah

     Selepas Monier menulis pada hari tu, aku, Wahab, Shukri, Fendi & seorang sahabat dari KL ( yang aku lupa namanya, tapi beliau juga pernah  hadir masa penyampaian bantuan mangsa banjir anjuran NGO WK kat Kepala Batas dahulu). ada pi balik rumah azizan sekadar bertanya khabar.
    Sebelum monier tulis, sinar harian dah tulih, rupanya lepaih Monier tulih, cerita azizan ni ada masuk suratkhabar Kosmo pulak. 




Dan kelmarin masuk suratkhabar Utusan Malaysia.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_03.htm


    Apa-apa pun keadaan Azizan masih macam tu lagi....tiada perubahan yang  ketara, nak berubah macamana kalau duduk kat rumah tanpa apa-apa rawatan....saya amik la salinan  surat doktor dia, tapi saya tak kepil kat sini, pasai laporan doktor adalah laporan sulit.... saya tak pandai tapi ni yang saya dapat baca tulisan doktor tu " bilurubin reading abnormal, ada KF ring and suspected of wilson disease.... hampa google sendiri la, tapi rasanya semua tu ada kena mengena ngan hati.... aku tanya jugak, pasai apa tak mau hospital...dia kata susah bang, ni duit belanja teksi, lepaih tu kena tahan, duit wad lagi, kurang kurang nak kena ada dalam cekak RM100 ka RM200 ka....tu tak kira makan kat kantin hospital lagi bang, saya amik lauk apa ntah kat anak bini saya ( aku pun tak ingat lauk apa yang dia amik), saya kena RM8....betui la, survival keluarga lagi penting


   Bab lesen meniaga ni, sampai keluar dalam utusan malaysia semalam "Anak saya seramai tujuh orang, semuanya masih bersekolah dan disebabkan tiada lesen isteri saya sudah tiga bulan tidak berniaga nasi lemak., rasanya jawapan dia masih sama...tapi ada orang mai habaq kat dia la(saya tak tanya detail), yang depa kata kalau meniaga boleh, tapi jangan tinggal meja tu tepi jalan, nanti majlis marah, depa kata buat la macam troli bergerak, lepaih habih jual nasi lemak, pi tolak balik kat rumah.....hmmm troli bergerak.....bab lesen ni, saya berdoa la, moga ada orang-orang yang ada kuasa ni mai tolong sat settle, rasanya tak susah sangat kes ni, takat lesen ngan troli bergerak nak meniaga....



  ni saya selit sedikit lagi sedutan dari utusan malaysia " Dia yang kini mengambil upah menjual dodol di kampung berkenaan berkata, dia terpaksa menghantar makanan kepada anak-anak yang bersekolah kerana tidak mampu untuk memberikan wang saku untuk mereka."... masa mai ni, anak-anak dia semua pakat pi sekolah tinggai yang kecik sorang saja...... bab ni aku respek kat depa ni sekeluarga, susah macamana pun, takdak duit macamana pun, sekolah tetap kena pi...tambah malang lagi, basikal nak pi sekolah pun kena curi, sebab letak sat kat luar rumah....jalan kaki pun jalan kaki, janji pi.... memang aku hormat kat anak-anak beliau, rugi betui tak sempat jumpa hari tu....ni kawan aku si fendi ni cerita bila dah balik...


Tapi anak dia yg sulong tu minat kat computer. Ambik upah buat FB , tweeter , etc kat kawan2. Charge RM5 , habuan belanja sekolah. Dulu masa sihat dia teringin nak hantaq anak dia belajaq buat blog , kat member kami (Fujian). Tapi sejak teruk sakit , hajat tak kesampaian. Anak dia ni la ni dok belajaq/surf internet kat sekolah , walaupun mmg sekolah tak bagi , tapi sbb dia rajin tolong cikgu , dapat la buat FB utk member.


Anak no2 minat melukis. Dok ambik upah upah lukis katun utk geng sekolah dia. Lepas la duit belanja sekolah. (teringat cerita anak sulong Muniaq)



Rasa hormat ngan rasa kagum aku kat anak-anak si azizan ni.... dalam dok banyak kali masuk masuk kampung ni, banyak kali  dah dok tengok anak-anak yang tercicir sebab kemiskinan keluarga, tapi dalam hal ni depa ni semangat masih lagi kental nak kesekolah....selain kemiskinan, aku boleh imagine mak bapak depa ni struggle takmau bagi anak-anak terjerumus kot dalam benda hat pelik pelik.....tin gam, toksah cerita la ni ada kat merata rata tempat....tambah beban lagi, bulan May sorang anak dia nak kena operate tonsil pulak....tak habih satu dok mai lagi satu.......

hat ni cerita paling best sampai aku boh jadi topic cerita kali ni....aku ambik quote sekali lagi dari utusan malaysia... "Setiap malam sejak November lalu, kami sekeluarga terpaksa tinggal di dalam gelap kerana bekalan elektrik telah dihentikan dan bekalan air punya hanya menunggu masa untuk dipotong," katanya. "...cerita pasai tunggakan ni, aku dengan penuh selamba, kononnya aku ni pandai, aku pun kata la " bab tnb ni takpa, kita bawak surat kuning ni pi pejabat TNB dan kita buat rayuan, boleh kot bayaq bulan bulan, aku dok ramai yg dok buat", azizan ni jawab balik " surat kuning takpala lagi bang, la ni saya dah kena surat merah, kalau surat merah ni, tiada maaf bagi mu".... la, baru aku tau surat amaran pun ada kaler kaler, macam traffic light........hutang bill elektrik tertunggak dekat RM1.5K...


bab ayaq plak, ni bukan sebab anak dia suka main ayaq macam anak aku, ni masalah paip bocor didalam tanah....aku rumah semi-d kat kedah ni pun sebulan ayaq baru RM8.50, ni tunggakan sampai RM3K++... tapi nak salahkan SADA tak boleh pasai paip ni pecah lepaih meter....nak suruh azizan pi korek, dia pun terlantar sakit, nak suruh orang mai repair, nak korek duit mana, anak pi sekolah pun tak bawak duit....rumput kat luar rumah ni punya suboq sebab ayaq paip pecap, tanah pun lembap jer....kalau sama-sama kita boleh pikiaq bab ni, memang ini yang terbaik....

bila kita reflect balik cerita azizan ni, teringat satu kisah yang kawan-kawan aku suka peringat....ada sekali kawan saya mai, dia kata, hampa dok tolong orang-orang susah ngan dok pi bagi beras dan benda makan ni, semua ni tak berapa kena....patutnya hampa kena bagi pancing bukannya bagi ikan...baru depa boleh survive....(dulu sapa yang suka peringat saya pasai pancing ni, memang saya amarah yang amat pasai definasi "kita" tu  bagi saya sebenarnya ada 2 orang saja, aku ngan hang saja)....tapi kes azizan ni, depa orang susah , walaupun depa ada joran walaupun kail panjang sejengkal, tapi depa takdak lesen nak memancing, so takleh nak tangkap ikan jugak.....so kalau lepaih ni orang cerita pasai pancing, aku patut tambah  jangan lupa bab lesen joran sama....

aku pun tak tau nak tulih apa dah, macam nabil kata" lu pikir sendiri la".... Cuma dalam hati ini terdetik, bagaimana kalau kita diuji sebegini rupa. Kena VSS sebab ekonomi dok merudum, lepaih kerja sendiri, lepaih tu sakit radang hati atau kanser, isteri ambil alih cari rezeki, lepaih tu pihak berkuasa tak bagi berniaga…
Anak nak sekolah, anak nak makan, laki sakit takleh nak mampu nak buat rawatan, dan nak cari sesuap nasi pun susah… nak suruh pi pikir pasai apa bil api/air tertunggak, rasanya depa takdak masa nak pikir langsung…
Ujian untuk depa dan ujian untuk kita. Semoga ada manafaatnya…

Dibawah ni saya sertakan no contact saudara azizan ni.....senang senang call la and tanya sendiri..

Nama : Azizan bin Bakar
IC : 720413-02-5421
Maybank AC : 102027494249
Tel : 0124861013


yang benar,
aznee_othman@live.com













Monday, April 4, 2011

pondok tuan guru haji ahmad nahu - pandangan aku yang sekular

Dari apa yang aku tengok yang paling ketara teruk adalah infrastruktur la. Rasanya kebanyakan pondok dan rumah mudir tak pernah berubah berpuluh puluh tahun lamanya. Mungkin hanya menunggu masa untuk rebah ke bumi.



Ni gambar sebahagian bumbung kat rumah mudir/ruang solat/ruangmengaji (3:1). Dia punya lubang bukan takat satu dua, malah melambak. Aku terlupa tapi antara sahabat yang mai ni, ada yang pi tanya mudir tu, kalau hujan tak menitik ka air masuk kedalam, mudir tu tersenyum sahaja…..



Tengok dinding rumah mudir/ruang solat/ruang mengaji, ada setengah tu dah reput dah pun….



Pondok-pondok yang ada ni, mudir kata, kegunaan untuk pelajar memasak dan menyalin pakaian sahaja….. agak merbahaya untuk dibekalkan bekalan elektrik (safety hazard)



Susah nak cerita perasaan ni, pasai aku bukan jenis manusia yang baik, tapi ada ketenangan di sebalik segala kekurangan ni….a good time to reflect upon oneself…….mungkin sebab duduk dikelilingi ngan orang orang yang alim …..

nak baca cerita yg lagi detail refer kat blog di bawah ni